top of page
Tolak Tuntutan

Tolak Tuntutan

Segala dokumen yang dicetak di Halaman Web Amanah Saham Darul Iman bukan merupakan satu syor untuk membeli atau menjual unit amanah. Tujuannya semata-mata untuk rujukan dan memberi penerangan secara am kepada anda. Ia tidak mengandungi nasihat atau maklumat yang menyeluruh berkaitan dengan perkara yang dibincangkan.

 

Ia tidak seharusnya digunakan sebagai pengganti kepada nasihat perundangan atau pelaburan. Sekiranya di dalam keraguan, pelabur disarankan supaya mendapatkan nasihat daripada profesional berkenaan dengan risiko yang berkaitan dengan pelaburan di dalam unit amanah sebelum membeli atau menjual sebarang unit.

 

Segala bahan-bahan yang dicetak di halaman ini adalah daripada Prospektus, Suratikatan Amanah,  bahan bercetak Suruhanjaya Sekuriti dan keratan akhbar.  Segala usaha yang teliti dan berhati-hati telah diambil dalam penyediaan halaman ini dan pihak Amanah Saham Darul Iman ataupun anggota pekerjanya tidak akan bertanggungjawab bagi maklumat yang tidak tepat atau tidak lengkap yang terkandung di dalamnya.

 

Sebelum mengambil keputusan untuk melabur, anda dinasihatkan untuk membaca Prospektus dengan teliti dan memahami isi kandungannya termasuk caj-caj yang dikenakan dan risiko yang perlu ditanggung.

 

Pengurus tidak boleh menjamin bahawa objektif pelaburan Tabung akan tercapai dan pencapaian Tabung pada masa lalu, bukannya petunjuk atau gambaran pencapaiannya pada masa hadapan. Patut disedari bahawa Pengurus tidak menjamin pulangan dividen dan harga unit boleh berubah-ubah samada naik atau turun.

 

Sekiranya Pengurus mengisytiharkan pecahan unit (unit split), kesan pemberian unit tambahan atau unit bonus yang diterima akan menyebabkan penurunan nilai aset Tabung manakala nilai pelaburan di dalam RinggitMalaysia akan kekal sama.

 

Sekiranya anda ingin melabur melalui pinjaman kewangan, anda dinasihatkan membaca dan memahami kandungan Penyata Pendedahan Risiko Pembelian Saham Amanah Melalui Pinjaman Kewangan sebelum membuat keputusan meminjam untuk membeli unit.

 

Ini bukanlah tawaran untuk jualan. 

bottom of page