top of page

ASDI - Strategi Pelaburan

STRATEGI PELABURAN

  

Strategi pelaburan akan berpandu kepada objektif pelaburan dengan mengambil kira keadaan ekonomi dan politik serta perkembangan di dalam dan luar negara yang mempengaruhi prestasi pasaran ekuiti dan pasaran bon, di samping melibatkan analisa risiko. Dalam membuat pemilihan saham, penelitian akan diberikan kepada prospek pertumbuhan pendapatan, kekukuhan kewangan syarikat, nilai aset bersih, pegangan tunai, pulangan dividen serta pengurusan yang berwibawa.

 

Secara keseluruhan, strategi pelaburan yang dilaksanakan mensasarkan pulangan untuk jangkamasa sederhana hingga jangkamasa panjang bagi tempoh di antara 3 – 5 tahun. Pengadunan strategi pelaburan akan mengambil kira garis panduan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti.

bottom of page