top of page
PUTB - Pengenalan

PTB Unit Trust Berhad atau PUTB adalah sebuah subsidiari milik penuh Permodalan Terengganu Berhad (PTB) dan ditubuhkan pada 1 Ogos 1994 di bawah Akta Syarikat 1965. PTB dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Besar, Terengganu (Incorporated), sebuah agensi milik Kerajaan Negeri Terengganu. PUTB mempunyai modal berbayar pada 31 Disember 2018 sebanyak RM 7.0 juta yang telah diterbitkan dan dibayar penuh.

PUTB yang telah dilesenkan di bawah Akta untuk menjalankan aktiviti-aktiviti terkawal iaitu berniaga dalam sekuriti (terhad kepada unit amanah) dan pengurusan kumpulan wang, bertanggungjawab ke atas pengurusan harian tabung mengikut peruntukan-peruntukan dalam surat ikatan, Garis panduan, Akta dan undang-undang sekuriti lain.

Sehingga 30 Jun 2019, PUTB mempunyai 21 orang kakitangan terdiri daripada 2 orang pengurusan kanan, 1 orang penolong pengurus, 8 orang eksekutif, 8 orang  kakitangan perkeranian dan 2 orang kakitangan bukan perkeranian.

Pengenalan.jpg
bottom of page