Perkhidmatan - Permohonan Membeli Unit
PERMOHONAN MEMBELI UNIT-UNIT
Para Pelabur dinasihatkan supaya membaca dan memahami isi kandungan Prospektus sebelum melabur dalam Tabung Unit Amanah ini.
Permohonan pelabur untuk membeli unit-unit ASDI yang dijual oleh pengurus boleh dibuat melalui borang-borang yang boleh di muat turun melalui laman web ASDI di alamat www.asditrg.com atau boleh didapati secara percuma di pejabat urusniaga dan pejabat berdaftar pengurus.
Bagi pelaburan permulaan, pelabur dik Pelaburan permulaan tidak kurang dari 100 unit, manakala untuk pelaburan tambahan hendaklah sekurang-kurangnya 10 unit yang yang akan dikira pada NAB seunit pada dari permohonan diterima oleh pengurus.
Borang Permohonan dan Borang Pra-Pelaburan yang telah dipenuhkan bersama-sama dengan pembayaran dalam bentuk Deraf Bank, Wang Pos, Kiriman Wang, Cek Bank dan cek persendirian hendaklah dikemukakan ke pejabat pengurus. Pembayaran wang tunai boleh diterima jika pembelian dibuat di pejabat urusniaga.
Sijil atau Penyata pelaburan akan dikeluarkan sebagai bukti pelaburan. Bagi pemilihan untuk sijil unit, caj sebanyak RM 3.00 akan dikenakan dan tiada sebarang caj untuk pemilihan Penyata Pelaburan.
Muat Turun
· Borang Permohonan Unit Pembukaan Akaun Baru Akaun
Borang Permohonan Tambahan Unit
ILUSTRASI PENGIRAAN MEMBELI UNIT-UNIT
Sekiranya pelabur membuat permohonan pelaburan membeli unit-unit tabung sebanyak RM10,000.00 pada NAB seunit RM0.5000, maka pengiraan jumlah yang perlu dibayar oleh pelabur seperti di bawah :-
NAB seunit = RM0.500000000
Caj Jualan seunit yang dikenakan = 5%* dari NAB seunit
Jumlah unit yang dibeli oleh pelabur = jumlah pelaburan / NAB seunit
= RM10,000.00 / RM0.500000000
= 20,000.00 unit
Caj Jualan yang perlu dibayar oleh pelabur dikira seperti berikut :-
5% x RM0.500000000 = 0.025000000
RM0.025000000 x 20,000.00 unit = RM500.00
Jumlah pelaburan membeli unit-unit = RM 10,000.00
Jumlah caj jualan yang perlu dibayar = RM 500.00
Jumlah keseluruhan yang perlu dibayar oleh pelabur = RM 10,530.00