top of page

PUTB - Penyumber Luaran

PTB Unit Trust Berhad (PUTB) telah menyumberluarkan (outsourced) fungsi audit dalamannya kepada Terengganu Incorporated Sdn Bhd (TISB). Satu perjanjian tahap perkhidmatan (service level agreement) telah dimeterai antara PUTB dan TISB pada 16 November 2014.

 

TISB merupakan anak syarikat milik penuh Menteri Besar, Terengganu (Diperbadankan). TISB merupakan syarikat pegangan pelaburan yang juga menyediakan perkhidmatan pengurusan kepada anak-anak syarikatnya dan syarikat-syarikat kerajaan negeri Terengganu termasuk perkhidmatan audit dalaman.

 

Antara tugas-tugas dan tanggungjawab TISB sebagai juru audit dalaman PUTB termasuklah:-

  • Menjalankan pemeriksaan samada PUTB telah menguruskan tabung mengikut peruntukan-peruntukan surat ikatan, Akta-akta dan Garis panduan-garis panduan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan pihak berkuasa berkaitan;

  • Menjalankan pemeriksaan samada PUTB telah menjalankan tugasnya dan bertindak secara professional demi kepentingan pemegang-pemegang unit;

  • Menilai sistem perakaunan dan kawalan-kawalan dalaman yang berkaitan;

  • Menyemak integriti dan kebolehpercayaan maklumat kewangan dan operasi;

  • Menyemak sistem kawalan dalaman yang diwujudkan dalam memastikan kepatuhan kepada polisi-polisi, perancangan dan prosedur-prosedur syarikat dan undang-undan dan peraturan yang berkaitan;

  • Menyemak kaedah-kaedah melindungi aset-aset dan mengesahkan kewujudannya;

  • Menjalankan fungsi-fungsi lain sebagaimana yang diarahkan oleh Jawatankuasa Audit.

bottom of page