ASDI - Profil Tabung

PROFIL TABUNG

 

 

ASDI ( Amanah Saham Darul Iman ) dilancarkan pada 31 Oktober 1994 oleh mantan Perdana Menteri Ybhg. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad di Stadium Negeri Kuala Terengganu. Saiz Tabung yang diluluskan adalah sebanyak RM 500 juta dengan harga yang ditawarkan RM 1.00 seunit. Pelancaran ASDI telah mendapat sambutan yang cukup menggalakan di mana  kesemua unit yang ditawarkan telah habis dijual.

 

Penubuhan ASDI adalah bertujuan untuk menyediakan satu saluran pelaburan alternatif dalam bentuk saham amanah berteraskan syariah.

 

ASDI adalah sebuah tabung unit amanah yang dikategorikan sebagai tabung ekuiti yang berteraskan Syariah yang mengandungi kepelbagaian portfolio dengan mengutamakan pelaburan dalam sektor ekuiti.