Perkhidmatan - PERMOHONAN MENJUAL BALIK UNIT
Permohonan untuk menjual balik sama ada semua atau sebahagian unit, permohonan boleh dibuat di kaunter perjabat urusniaga atau pejabat berdaftar pengurus pada hari-hari urusniaga. Pemegang unit juga boleh membuat permohonan secara bertulis atau dengan cara mendapatkan borang permohonan yang boleh didapati secara percuma dengan membuat turun di laman web ASDI di alamat www.asditrg.com. Borang permohonan yang lengkap, ianya hendaklah diserah/dikirim ke pejabat urusniaga atau pejabat berdaftar pengurus.
Pengurus akan membeli balik unit-unit pada NAB seunit pada hari permohonan lengkap diterima. Pemegang unit akan dibayar dalam tempoh sepuluh (10) hari dari tarikh permohonan lengkap diterima oleh pengurus. Tiada had penebusan minimum kecuali bagi bagi penebusan / jualan balik sebahagian di mana baki yang ditinggalkan mestilah tidak kurang dari 100 unit.
Apabila pelabur membuat permohonan menjual balik unit-unit tabung untuk mendapatkan wang sebanyak RM10,000.00, maka jumlah yang akan dibayar kepada pelabur adalah sepertimana pengiraan di bawah :-
NAB seunit = RM 0.5000000000
Caj Tebusan seunit yang dikenakan = 0% dari NAB seunit *
Jumlah unit yang dijual balik oleh pelabur = Nilai penebusan / NAB Seunit
= RM 10,000.00 / RM 0.5000000000
= 20,000.00 unit
Pengurus tidak membenarkan apa-apa caj tebusan (belian balik) apabila pelabur ingin menebus pelaburan mereka.
Untuk mendapatkan nilai penebusan sebanyak RM 10,000.00, pelabur perlu menjual balik kepada pengurus sebanyak 20,000.00 unit pada NAB seunit RM 0.500000000.
Pengurus juga berhak untuk menolak dari nilai penebusan itu, bayaran cukai setem atau lain-lain duti (sekiranya ada) yang berkaitan dengan belian balik unit-unit, yang mana bayaran tersebut akan segera dibayar kepada pihak berkuasa yang berkenaan.
ILUSTRASI PENGIRAAN MENJUAL BALIK UNIT