top of page
PUTB - Profil Pengarah
Encik Burhanuddin Helmi bin Mohamed @ Harun ( Pengerusi - Bebas )

Tuan Haji Rozali bin Salleh (Bukan Bebas)

Tuan Haji Mohamad Azman bin Mustaffa ( Bebas )

Encik Roshidi bin Hj. Ab. Hamed (Bukan Bebas)

Pengarah Eksekutif / Ketua Pegawai Eksekutif 

Roshidi bin Ab Hamed (Roshidi) telah dilantik sebagai Pengarah Berlesen dan Pengarah Eksekutif PUTB pada 18 Oktober 2018. Beliau seterusnya menganggotai Jawatankuasa Pelaburan sebagai ahli jawatankuasa pada 25 Oktober 2018. Sebelum dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PUTB pada 1 Mei 2019, beliau adalah Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif semenjak 20 Jun 2018. Beliau adalah pemegang Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal semenjak Julai 2009 yang dilesenkan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007. Beliau merupakan graduan daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan mendapat kelulusan peringkat Diploma dalam bidang sains gunaan, Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan kepujiaan dalam bidang Pemasaran serta Ijazah Sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan.

Roshidi mula berkhidmat di PUTB semenjak Ogos 1994 sebagai Pegawai Pemasaran. Pada tahun 2005, beliau telah ditempatkan ke Bahagian Pelaburan dan kemudiannya bertugas sebagai Eksekutif Kanan Pelaburan. Pada 1 Julai 2010, beliau dilantik sebagai Pengurus Pelaburan. Sebelum dilantik sebagai Pengarah Eksekutif PUTB, beliau pernah menjawat jawatan Pengurus Kanan dan Pengurus Besar PUTB serta memangku jawatan Ketua Pegawai Eksekutif PUTB.

bottom of page