top of page

Perkhidmatan - Takaful

PELAN TAKAFUL KELUARGA BERKELOMPOK

Skim Perlindungan Takaful ini disediakan secara percuma kepada pebuar-pelabur  Amanah Saham Darul Iman ( ASDI ) yang merangkumi perlindungan 24 jam di seluruh  dunia.

 

Semua pelabur-pelabur atau pemegang unit yang dilindungi skim ini adalah semua pelabur Amanah Saham Darul Iman ( ASDI ) yang memenuhi syarat-syarat berikut :-

 

i)                    Individu berumur di antara 18 hingga 69 tahun.

ii)                   Bagi pemegang unit bersama, pemohon bersama mestilah berumur tidak kurang dari 6 tahun dan tidak lebih dari 69                       tahun.

 

Jumlah perlindungan yang diberikan adalah sebagaimana jadual di bawah :-

Manfaat Takaful meliputi;

 

i)                    Kematian disebabkan penyakit atau kemalangan atau

ii)                   Keilatan Kekal Seluruh Tubuh Badan yang disebabkan oleh penyakit atau kemalangan seperti yang ditakrifkan                                 dalam perkara (f)

 

Semasa perlindungan berkuatkuasa, manfaat Takaful akan dibayar berdasarkan kepada jumlah unit yang dimiliki pada tarikh kematian (tertakluk kepada perkara C)

 

Bagi pemegang unit bersama, jumlah perlindungan akan dibahagi dua (2) sama rata. Walau bagaimanapun, jika seorang daripada pelabur itu tidak layak untuk dilindungi maka perlindungan sepenuhnya akan diberikan kepada pelabur yang layak.

bottom of page