ASDI - Polisi Tabung

POLISI TABUNG PELABURAN

 

Polisi pelaburan Tabung ialah untuk melaksanakan satu pelan tindakan untuk melabur di dalam portfolio yang mengandungi kepelbagaian sekuriti ekuti tersenarai dan tidak tersenarai, sekuriti bon, sekuriti di pasaran asing dan instrumen pasaran wang berlandaskan prinsip-prinsip syariah. Ini bertujuan untuk memberikan gabungan pulangan yang optima daripada dividen yang diperolehi dari pelaburan ekuiti, bon dan pasaran wang, keuntungan pelaburan dan juga peningkatan nilai aset Tabung.